Alienum phaedrum torquatos nec eu, vis detraxit periculis ex, nihil expetendis in mei. Mei an pericula euripidis, hinc partem.

Infaq 2021

Al Khaadem / Infaq 2021
Kami Manfaatkan Bantuan Anda

Di bulan yang penuh berkat ini, kami menyeru semua untuk turut serta bersama kami dalam perjuangan membina sebuah komuniti yang memberi harapan kepada umat manusia. Di Al Khaadem, kami bukan sekadar memberi makan kepada fakir dan miskin, tetapi kami turut memfokuskan pembangunan dari aspek-aspek yang penting. Setiap sen yang anda berikan, pasti akan ada ganjaran. Belanja di jalan Allah, akan dibalas walau sekecil zarah.

Infaq 2021

BAGI SEKALI KAWTIM SEMUA!

RM281,239 of RM281,239 raised

Thank you to all our donors.

30% untuk fakir miskin

30% dari bantuan anda akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan dari kalangan fakir miskin dan golongan asnaf, melalui Skuad Prihatin Kemiskinan (SPK), sebuah inisiatif Al Khaadem bersama Super Thinkers bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik

25% untuk dakwah & pembelajaran Islam

25% dari infaq anda kami peruntukkan untuk meneruskan perjuangan para anbiya’ dan rasul, yakni menyebarluaskan agama Islam keseluruh pelusuk dunia. Kelas-kelas agama merangkumi matapelajaran syarie, dari aqidah, fekah, akhlak, tajwid dan lain-lain berasaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah.  Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada seorang yang berdakwah ke jalan Allah? 

22% untuk produksi media dakwah

22% dari sumbangan anda akan dilaburkan dalam pasukan produksi kami, membeli peralatan bertaraf antarabangsa dan menghasilkan kandungan Islam untuk dikongsi di seluruh dunia. Setiap sumbangan anda juga akan membantu mewujudkan warisan pengetahuan yang berkekalan.

12% untuk program belia & pemuda

12% dari sumbangan anda pula disalurkan ke pembangunan sahsiah golongan belia dan pemuda melalui program-program bermanfaat seperti Al-Khaadem Youth Camp (AKYC), Art Jam, aktiviti memanah, futsal, dan sebagainya. Sumbangan anda juga dapat membantu pengembangan Youth Hub kami; suatu platform atau tempat untuk golongan belia berkumpul dan melakukan aktiviti santai bersama.

11% untuk saudara baru & mualaf

11% dari pemberian anda ditujukan kepada pemeliharaan, bimbingan, dan sokongan bagi saudara baru dan mualaf. Antaranya adalah melalui kelas mengajar ilmu asas seperti pengenalan tentang Islam untuk orang yang belum Islam dan juga kelas mengajar fardhu ‘ain untuk saudara baru. Sumbangan anda ini juga dapat membantu

Bagi Sekali, Kawtim Semua. Setiap Sen Yang Anda Berikan,
Pasti Akan Ada Ganjaran

ONLINE TRANSFER

Online Transfer via local banks / FPX.

CREDIT / DEBIT CARD

Donate via credit / debit card (Visa and Mastercard only)

DIRECT / ATM TRANSFER

Alternatively, you may also transfer directly to our bank account via Maybank2u, Interbank / GIRO transfer or ATM deposit to the follow account:

AL KHAADEM

5622 6355 7724

  • Reference: Infaq-2021
  • For ATM deposits, please email the bank-slip to azlan@al-khaadem.com.my